MUDAHNYA SEJARAH
PENGENALAN
Ada pelajar yang mengatakan belajar mata pelajaran
sejarah susah. Antara alasan yang diberikan ialah susah nak ingat fakta,
malas nak hafal isi penting, tidak berminat, susah nak ingat tahun dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.
Walau apa alasan sekalipun kita kena
sedar melalui mata pelajaran sejarahlah kita kenal siapa diri kita, ibu
bapa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan
negara kita. Cuba bayangkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negeri
dan kawan anda dari negara asing bertanya tentang Malaysia. Contoh soalannya mungkin tentang Raja berperlembagaan, Pilihan Raya di Malaysia, lambang-lambang negara, adat resam, budaya dan banyak lagi tentang Malaysia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.
Jika anda tidak belajar sejarah macam
mana anda hendak jelaskan. Adalah sesuatu yang memalukan jika anda tidak
kenal dengan negara anda sendiri. Adalah satu penipuan yang besar juga
anda mengatakan anda tidak minat sejarah. Sebab apa saya katakan penipuan yang besar.?
Pertama anda bercakap tentang sejarah setiap hari. Buktinya “saya tidak dapat menyiapkan kerja sekolah kelmarin’. Perkataan kelmarin sahaja menunjukkan peristiwa yang lalu. Itu menunjukkan anda bercakap tentang sejarah.
Kedua, anda menerangkan tentang keluarga
anda kepada rakan. Contohnya nama ibu dan bapa, nama tempat tinggal dan
bila anda dilahirkan. Adakah itu sejarah.? Memang itu juga sejarah.
Ketiga, anda belajar mata pelajaran yang lain . Adakah terkandung tentang sejarah?. Boleh dikatakan semua mata pelajaran ada sejarah walaupun mata pelajaran matematik. Sebab apa saya katakan begitu, cuba lihat teori dalam matematik dan bandingkan dengan Sejarah tingkatan empat juga ada terkandung teori yang dikemukakan oleh ilmuan Islam.
Keempat, anda menonton permainan bola sepak malam tadi dan anda ceritakan kepada rakan anda. Itu juga sejarah.
Kelima, anda kata pelajaran sejarah susah. Ada caranya untuk kita permudahkan. Nanti saya tunjukkan.
Keenam, anda masuk jurusan apapun di universiti anda tidak akan terlepas daripada sejarah. Tak percaya masuklah mana-mana universiti dulu.
Saya pasti anda akan sedar kepentingan
mata pelajaran sejarah semasa anda akan hadapi satu temuduga untuk
biasiswa, pekerjaan dan perjawatan atau kenaikan pangkat setelah anda meninggalkan alam persekolahan. Saya pasti.
Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga mata pelajaran sejarah. Tak Kenal Maka Tak Cinta. Baiklah apa yang saya katakan mudahnya belajar sejarah ?. Saya nyatakan CARA MUDAH untuk belajar sejarah seperti berikut mengikut kesesuaian tajuk.
MUDAH INGAT 1
Biasanya pelajar lebih mudah ingat apa
yang ada di sekeliling mereka. Ada tajuk tetentu yang boleh gunakan
persekitaran pelajar untuk menjelaskan lagi tajuk berkenaan. Malah
bukan itu sahaja kaedah ini boleh meningkatkan daya ingatan pelajar
untuk jangka masa yang lama, sebab setiap hari pelajar lihat
persekitaran mereka.
Tajuk : Ciri-ciri Bandar Terancang Tamadun Indus.(Bab 1 .Ting 4)
Untuk tajuk ini persekitaran pelajar
yang saya gunakan ialah Pekan Jeniang, kerana pelajar saya tinggal di
sekitar pekan Jeniang. Setiap hari mereka akan melepasi pekan Jeniang
sebelum masuk ke kawasan sekolah . Oleh itu mereka lihat jalan, bangunan
yang ada itu setiap hari. Sesuatu yang mustahil jika masih lagi tidak
dapat ingat dan rasa susah untuk belajar sejarah. Saya permudahkan tajuk
di atas dengan cara seperti berikut.
Bandar Terancang Tamadun Indus
Mohenjo Daro dan Harappa
|
Pekan Jeniang
|
Jalan raya yang lurus
|
Jalan raya yang lurus
|
Ada pusat pentadbiran
|
Ada MPSP
|
Ada pusat keagamaan
|
Ada Masjid Safuan dan Wat Siam
|
Sistem kumbahan terancang
|
Sistem kumbahan terancang
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Bangunan disusun berasaskan blok
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Setiap blok dipisahkan jalan raya
|
Bandar dihubungkan dengan sungai
|
Jeniang juga ada sungai
|
Menggunakan ilmu geometri dan math
|
Menggunakan ilmu geometri dan math
|
Ada kawasan perumahan
|
Taman Sri Emas
|
Saya membandingkan persekitaran pelajar
dengan bandar terancang tamadun Indus. Jalan- setiap hari gunakan jalan
itu. Masjid- sembahyang di masjid. Sistem kumbahan- hari-hari buang
sudah tentu boleh ingat. Sungai- setiap hari lihat sungai, memancing,
mandi dan sebagainya.
Ini merupakan satu cara mudah untuk
ingati fakta tanpa bersusah payah. Hanya kaitkan dengan persekitaran
atau tempat tinggal kita sahaja. Mudah bukan. Selepas itu tulis dalam bentuk essei untuk soalan kertas 2 bahagian B.
MUDAH INGAT 2
Kaedah yang hendak dikemukakan ini ialah Kaedah Kata Kunci supaya pelajar mudah ingat sesuatu fakta dalam masa yang singkat.
Tajuk: Ciri-ciri Kerajaan Agraria(Bab 3 ting 4)
Kerajaan agraria terbentuk di kawasan pertanian subur. Ada juga kerajaan agraria terbentuk di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi pula ialah menanam padi sawah dan padi huma. Selain daripada itu mengutip hasil hutan seperti kayu gaharu menjadi kegiatan ekonomi yang penting. Ciri yang berikutnya ialah menangkap ikan dan menternak binatang seperti ayam. ( 9 markah)
subur
pedalaman
sawah
huma
hutan
gaharu
tangkap
ternak
ayam
Perkataan
di atas merupakan kata kunci yang boleh dihafal oleh pelajar. Jika
tidak ingat ayat yang penuh bolehlah merujuk essei di atas. Cara ini
menjimatkan masa untuk mengulangkaji sebab dapat mengelak daripada
membaca ayat yang panjang.
MUDAH INGAT 3
Tajuk: Kerajaan Agraria -Kepentingan Tasik Tonle Sap(Bab 3 ting 4)
Di dalam kelas sesetengah pelajar ada
bakat melukis ataupun suka melukis. Jadi bolehlah melukis apabila sampai
ke tajuk yang bersesuaian. Tidak salah di dalam nota pelajar diletakkan satu lukisan supaya mudah mengingati fakta. Dengan lain perkataan satu kali baca boleh ingat dalam jangka masa yang panjang.
Tajuk : Peranan/kepentingan Tasik Tonle Sap( sejarah ting 4 bab 3)
Ayat Penuh:
Peranan tasik Tonle Sap ialah menjadi kawasan penanaman padi sawah yang penting. Selain daripada itu kawasan sekitar tasik menjadi subur kerana mendapan lumpur pada musim kemarau. Peranan yang lain ialah tempat bekalan sumber protein atau ikan.
(Lihat perkataan bergaris dan bandingkan dengan perkataan dalam lukisan)Mudah . Dengan hanya melukis. Yang penting ingat fakta. Lukisan comot tak apa. Semasa menjawab soalan essei jangan pula dilukis gambar tasik tu. Hanya lukis dalam buku nota.
MUDAH INGAT 4
Tajuk: Kerajaan Agraria -Ciri-Ciri Kerajaan Agraria (Bab 3 ting 4)
TEKNIK MAKAN NASI DALAM MUDAHNYA SEJARAH
Teknik ini boleh digunakan bagi tajuk CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA.
Perhatikan gambar sepinggan nasi di atas. Makanan yang terdapat di dalam gambar di atas ialah:
1. Nasi
2. Ayam/telor
3. Sayur
4. Jagung
5. Ikan
6. Kari
7. Buah
Sekiranya setiap hari kita makan nasi sudah tentu kita akan ingat dengan mudah ciri-ciri kerajaan agraria. Lihat ayat di bawah.
Nasi - asal daripada padi sawah dan huma. Oleh itu isi pentingnya ialah:
1. Masyarakat agraria menanam padi huma ( 1 markah)
2. Masyarakat agraria menanam padi sawah (1 markah)
Ayam/Telor- boleh dikaitkan dengan
penternakan.
3. Menternak binatang seperti ayam(1
markah)
Sayur- boleh dikaitkan dengan menanam
4. Menanam sayur-sayuran(1 markah)
Ikan- boleh dikaitkan dengan tangkap ikan
5. Menangkap ikan (1 markah)
Kari- boleh dikaitkan dengan rempah.
6. Mengumpul rempah ratus(1 markah)
Buah- boleh dikaitkan dengan mengutip hasil hutan
7. Mengutip hasil hutan seperti
buah-buahan (1 markah)
Jumlah isi atau markah ialah 7. Jika setiap hari makan nasi seperti
gambar di atas sudah tentu lebih mudah untuk mengingati isi penting
ciri-ciri kerajaan agraria. Kalau masih tidak dapat ingat lagi maknanya
pelajar berkenaan tidak pernah makan nasi. Diharapkan dengan cara ini dapat membantu pelajar mengingati
isi penting dengan mudah dan tidak perlu membaca berulang kali.
MUDAH INGAT 5
Menggunakan gambar
(Bab 4 Sejarah
Ting 4)
Mmenggunakan gambar untuk menerangkan sesuatu. Tajuk yang saya pilih ialah Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.(Bab 4 Sejarah Ting 4)
Masyarakat arab jahiliah mempunyai seorang Sheikh. Perlantikan Sheikh adalah berasaskan syarat-syarat berikut:
- Gagah
- Berani
- Berfikiran matang
- Pandai berpidato.
- Disukai oleh ahli kabilah
- Mendapat persetujuan ramai
Gambar
di atas boleh menggambarkan seorang sheikh kepada pelajar . penjelasan
di bawah juga akan membolehkan pelajar mudah ingat fakta di atas sebab
ia lihat sendiri Sheikh yang dimaksudkan dalam tajuk di atas.
Adakah kelihatan gagah? Memang gagah berdasarkan wajah dan badannya yang tegap
Adakah kelihatan seorang yang berani? Memang berani berdasarkan raut wajahnya.
Adakah ia seorang berfikiran matang?. Sudah tentu matang berdasarkan wajah dan ketrampilan.
Adakah ia pandai berpidato? Sudah tentu sebab wajahnya seperti ahli politik
Adakah disukai ramai?. Sudah tentu sebab handsome
Diharapkan dengan menggunakan gambar seperti di atas dapat membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dengan mudah. Tajuk lain juga boleh menggunakan gambar jika bersesuaian.
MUDAH INGAT 6
Aktiviti bebas
Mata pelajaran
sejarah merupakan kajian sains sosial yang boleh menggalakkan pemikiran
produktif dan kreatif. Antara aktiviti bebas ialah pelajar menjalan
projek secara berkumpulan atau bersendirian. Umpamanya menulis essei,
koleksi gambar , lawatan, menulis essei dan berbagai-bagai aktiviti lain
yang boleh membantu P&P mata pelajaran sejarah dan seterusnya
menarik minat untuk mempelajari sejarah. Aktiviti bebas yang saya pilih
ialah lawatan dan koleksi gambar. Tempat lawatan ialah Muzium Perang di Penang beserta koleksi gambar di muzium berkenaan.
Keseluruhannya koleksi gambar itu berkaitan dengan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu. Ini ada kaitan dengan Sejarah Tingkatan 3 dan tingkatan
5. Lihat koleksi gambar di bawah.
Dengan lain perkataan
MUDAH INGAT 7
Cara mudah untuk mengingati fakta yang seterusnya ialah menggunakan formula
Tajuk: Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab, China dan India. (bab: 7 ting 4)
A | C | I |
J | E | S |
Negara Tokoh
A= Arab J= John Crawford
C= China E= Emanuel Gadinho Eredia
I= India S= Snouck Hurgronje
Pelajar hafal formula ACI dan JES
Ayat penuh:
Teori yang pertama ialah Islam datang dari China. Teori ini dikemukakan oleh John
Crawford. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China. Teori ini
dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia. Manakala teori yang ketiga pula
ialah Islam datang dari india. Teori ini dikemukakan oleh Snouck
Hurgronje.
Bagaimana?. Adakah anda rasa mudah untuk ingat fakta melalui kaedah ini?.
MUDAH INGAT 8
Mudah Ingat 8 merupakan salah satu Kajian Tindakan yang telah saya jalankan untuk menjawab soalan objektif yang berkesan dan efektif yang bertajuk Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta
MUDAH INGAT 8
Mudah Ingat 8 merupakan salah satu Kajian Tindakan yang telah saya jalankan untuk menjawab soalan objektif yang berkesan dan efektif yang bertajuk Penguasan Fakta Melalui Kaedah Rakan Fakta
Aktiviti 1: Pelajar menjawab soalan objektif yang sama seperti di aktiviti satu
dan
mencatat ayat buku teks untuk membuktikan jawapan yang dipilih itu
tepat. Pelajar juga dikehendaki mencatat muka surat berdasarkan buku
teks yang dirujuk. Semua catatan itu ditulis di bawah soalan di ruang
yang telah disediakan Catatan itu sebagai tanda pelajar memperolehi
jawapan tepat dan fakta yang akan diingati oleh pelajar. Pelajar juga
akan membuat pembetulan jawapan semasa aktiviiti dua ini.
Aktiviti 2: Pelajar mencatat apa yang mereka Terbaca dan Terlihat semasa
mencari
ayat jawapan bagi soalan dan tajuk berkenaan Contohnya tokoh,peristiwa,
gambar, peta dan istilah penting. Semua catatan tersebut dipindahkan
ke dalam buku notan
Aktiviti 3: Pelajar bertukar-tukar fakta iaitu ayat dan muka surat yang diperolehi dari buku teks.
- Contoh pelaksanaan.
1.1 Contoh soalan latihan yang dibekalkan oleh guru
Soalan 1
Apakah tujuan British melaksanakan dasar penaklukannya ke atas negeri-negeri Melayu.
A Mengukuhkan kedudukan politiknya.
B Memiliki tanah jajahan di negeri Melayu
C Menguasai ekonomi negeri-negeri
Melayu
D Mengawal penduduk di kawasan yang dikuasainya
Jawapan:_______
AyatBukuTeks:___________________________________________
M.S:________
CATATAN: Peristiwa, gambar, peta, tokoh atau apa saja yang pelajar terbaca atau terlihat.
_______________________________________________________
|
1.2 Tugas pelajar
1. Mencari jawapan dalam buku teks
2. Menulis jawapan A, B, C atau D
3. Menulis ayat dalam buku teks
4. Menulis muka surat
5. Mencatat peristiwa, gambar,
tokoh atau apa saja yang pelajar
terbaca atau terlihat.
6. Pelajar bertukar-tukar maklumat
Diharapkan kaedah ini membantu pelajar menjawab soalan objektif dan dapat juga mengelak kekeliruan untuk memilih jawapan. Kaedah ini boleh dipraktikkan untuk semua bab sejarah tingkatan 4 dan 5.